SMK Tambulion

Di sini segalanya bermula...

Latihan gempa bumi

Latihan gempa bumi telah diadakan dengan jayanya di sekolah.

Semangat Stalion

Semangat baru Stalion dengan tag baru, 'Nintonodon Imanimanon'

Pelancaran Stalion.Pro

Stalion.Pro - Program peningkatan pencapaian akademik pelajar SPM 2015.

Saturday 23 May 2015

Sambutan Hari Guru STALION 2015

Sambutan hari guru peringkat SMK Tambulion telah diadakan pada 22 Mei 2015 bertemakan 'Red Carpet'. Sambutan yang diadakan di Dewan STALION itu nampak meriah walaupun dibuat dalam masa yang singkat. Para guru diarak dari lobi sekolah ke Dewan STALION dan mengambil gambar di 'Photobooth' sebelum ke pentas. Aktiviti di dewan dimulai dengan nyanyian lagu Kebangsaan, Sabah Tanah Airku dan lagu Guru Malaysia yang diiringi oleh pasukan band yang teridiri daripada pelajar SMK Tambulion.


Dalam kegembiraan para guru dan pelajar meraihkan Hari Guru, terselit juga kesedihan dan linangan air mata apabila tayangan video bagi memperingati pemergian tiga rakan seperjuangan ditayangan. Seluruh dewan berada dalam keadaan yang sebak dan terdengar beberapa esak tangis pelajar.



Acara diakhiri dengan jamuan makan di lobi sekolah.