Monday 14 December 2015

Tahniah Pelajar Yang Cemerlang PT3!

14 Disember 2015 adalah merupakan tarikh rasmi keputusan PT3 2015 dikeluarkan seluruh negara. Semua pelajar PT3 dikehendaki hadir ke sekolah dengan berpakaian sekolah yang lengkap. Pelbagai ragam dan mimik muka tampak dari raut wajah calon PT3 dan juga ibu bapa mereka pada hari tersebut. Debaran semakin terasa apabila jam tepat menunjukkan 10 pagi.

Bagi pelajar SMK Tambulion, penyerahan slip keputusan PT3 dimulakan dengan sesi penyampaian hadiah kepada para pelajar yang cemerlang PT3 bertempat di dewan SMK Tambulion. Semua pelajar PT3 dan ibubapa berkumpul di dalam dewan dan berdebar menanti nama yang akan diumumkan sebagai pelajar terbaik PT3.

Berikut adalah senarai pelajar terbaik PT3 sesi 2015 bagi SMK Tambulion :
Shandy Ferryna Saimin (9A)
Rita Rahayu Binti Mohamad Johan (9A)
Jee Eldy Magaling
Pamela Joan Aimi Binit Palimon 
Synoritha Binti Majikun
Datu Audreyvera Robertson
Siti Noor Aishah Binti Norhayapi
Veronica Edna Saimon
Alfaomega Binti Jubelit
Maxuell Bin Kiansan
Eli Asmida Binti Ajik
Eva Wilma Fhelsea William
Elly Viona Binti Lajimin
Indrazizie Bin Sibin
Aas Kerismah Durin
Ritchel Panchai
Mickcarylos Bin Mail
Azierra Binti Jebeleh
Jusanti Peter
Jennycaa Sisom







Tahniah kepada semua pelajar yang cemerlang dalam PT3. Tiada yang lebih indah selain melihat kegembiraan anda semua. Jerih payah anda tidak sia-sia. Itulah hasil yang telah anda usahakan. Teruskan kecemerlangan anda dan jangan pernah berhenti untuk terus cemerlang.

Bagi yang tidak cemerlang, jangan berputus asa. Ini adalah antara permulaan anda mendewaskan diri menuju kecemerlangan. Banyak lagi ruang dan peluang yang anda boleh gapai untuk cemerlang. Jika anda memilih bidang akademik, maka SPM adalah ruang dan peluang anda yang seterusnya. Jika anda memilih aliran teknik dan vokasional, maka kesungguhan anda di situ akan teruji. Jika bersungguh, anda juga boleh cemerlang.

0 comments:

Post a Comment