Friday 29 January 2016

Kejohanan Rentas Desa MSS SMK Tambulion

Kejohanan Rentas Desa MSS SMK Tambulion tahun 2016 telah berlangsung pada 8hb Januari 2016 yang lepas. Kesemua pelajar SMK Tambulion diwajibkan menyertai kejohanan ini. Pertandingan  dinilai berdasarkan penyertaan rumah sukan iaitu Hang Tuah (kuning), Hang Jebat (merah), Hang Kasturi (hijau) dan Hang Lekir (biru).

Rumah sukan Hang Tuah muncul sebagai Johan keseluruhan diikuti oleh Rumah Hang Jebat sebagai naib johan dan Hang Kasturi ketiga. Manakal rumah Hang Lekir berada pada tempat keempat.

Seramai 40 orang peserta yang mendapat kedudukan nombor 1-10 bagi setiap kategori (Lelaki 18TKB, Perempuan 18TKB, Lelaki 15TKB dan Perempuan 15TKB) dipilih bagi mewakili sekolah dalam acara Rentas Desa peringkat Daerah Kota Belud.








0 comments:

Post a Comment