Monday 1 February 2016

Kejohanan Rentas Desa MSS Daerah Kota Belud 2016

15hb Januari 2016 yang lepas merupakan tarikh kejohanan rentas desa peringat daerah Kota Belud. SMK Tambulion dipilih sebagai pengelola kejohanan ini bagi peringkat sekolah menengah. Sebanyak sembilan buah sekolah terlibat iaitu SMK Tambulion, SMK Narinang, SMK Arshad, SMK PEkan Kota Belud, SMK Taun Gusi, SMK Taun Gusi II, SMK Pekan II, SMKA Tun Said dan SMK Usukan.

Setiap pasukan dibenarkan menghantar seramai 6-10 orang wakil bagi setiap kategori. Walaubagaimanapun, hanya enam peserta terbaik sahaja yang layak bertanding untuk kumpulan. Kumpulan yang mengumpul mata paling rendah adalah pemenang berdasarkan johan mendapat 1 mata dan seterusnya.

SMK Tambulion telah berjaya mengungguli pertandingan ini sebagai johan keseluruhan diikuti oleh SMK Narinang naib johan dan SMK Usukan di tempat ketiga.

Enam orang peserta terbaik bagi setiap kategori telah dipilih untuk mewakili daerah Kota Belud dalam Kejohanan Rentas Desa Bahagian Utara.

Bagi kategori lelaki 18 tahun ke bawah, pelajar yang terpilih adalah :
1. Kenn Fresser Mokilau - SMK Tambulion
2. Aelton Dudil - SMK Tambulion
3. Mohd Saiful Wardi - SMK Tambulion
4. Joenicklebie Bungin - SMK Tambulion
5. Alfreddo Johnny - SMK Taun Gusi II
6. Aubrie Nell Bin Tamburasang - SMK Arshad

Manakala bagi kategori lelaki 15 tahun ke bawah yang terpilih adalah :
1. Joehardie N Dee Bin Begu - SMK Taun Gusi II
2. Johare Adey Begu - SMK Taun Gusi II
3. Demond Anthony Samin - SMK Pekan Kota Belud
4. Mohd Fareed Bin Abd Saleem - SMK Usukan
5. Danny Bin Ikol - SMK Taun Gusi
6. Hebryanto Gaudih - SMK Narinang

Kategori perempuan 18 tahun ke bawah pula diwakili oleh :
1. Aviniesia Sinius - SMK Tambulion
2. Olyviatie Rajim - SMK Tambulion
3. Norbianah Justin - SMK Tambulion
4. Ewlysah Robin - SMK Narinang
5. Jusliani Ginik - SMK Narinang
6. Petricia Eleng Samin - SMK Pekan Kota Belud

Dan kategori perempuan 15 tahun ke bawah pula diwakili oleh :
1. Sarah Shasherone Binti Senti - SMK Narinang
2. Ellye Exlyia Suadin - SMK Narinang
3. Nurain Jaafrin - SMK Tambulion
4. Ebadila Bandasan - SMK Tambulion
5. Arena Satu Samin - SMK Pekan Kota Belud
6. Adrianna Binti Wilfred - SMK Arshad











1 comment: