Friday 21 August 2015

MAPC 2014 dan Penyerahan Slip Peperiksaan 2015

Tanggal 18hb Ogos 2015 yang lepas telah diadakan satu majlis di SMK Tambulion iaitu Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang (MAPC). Anugerah ini disampaikan kepada para pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan semester 2 tahun 2014 yang lepas bagi tingkatan 2, 3 dan 5, manakala bagi tingkatan 1 dan 4 diberikan kepada mereka yang cemerlang dalam peperiksaan semester 1/2015.

Mengalu-alukan kedatangan perasmi
Bergambar untuk cendera kenangan
Majlis disempurnakan oleh Encik Junaidye Along, Pegawai Risda Daerah Kota Belud bagi mewakili perasmi Yang Berbahagia Dato' Sri Hj. Wan Mohamad Zuki Bin Mohamad, Ketua Pengarah RISDA Malaysia. Dalam ucapan beliau RISDA berbesar hati memberi sumbangan berbentuk wang tunai kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah.

Penyempurnaan gimik
Seramai 135 orang pelajar menerima anugerah dalam majlis itu. Penerima adalah terdiri daaripada mereka yang cemerlang dalam mata pelajar, cemerlang dalam kelas dan juga cemerlang keseluruhan bagi tingkatan. Pelajar cemerlang dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2014 turut diberikan anugerah. Selain itu Anugerah NILAM, Anugerah Ibubapa Mithali dan Anugerah Pengetua turut disampaikan.
Barisan penerima anugerah
Penerima Anugerah NILAM

Penerima Anugerah Pengetua
Majlis seterusnya beralih ke setiap kelas bagi penyerahan slip peperiksaan pelajar. Pelajar datang bersama ibu bapa masing-masing untuk menerima slip peperiksaan bagi semester 1/2015. Guru kelas bagi setiap kelas yang ada memainkan peranan penting dalam memastikan majlis ini berjalan lancar. Perbincangan dengan ibu bapa pelajar sama ada dari segi akademik, sahsiah atau pencapaian pelajar dibuat di kelas masing-masing.
Ibu bapa menunggu giliran bagi penyerahan slip peperiksaan anak

Perbincangan dengan ibu bapa pelajar
Penyerahan slip peperiksaan bersama ibu bapa
Guru kelas memberi penjelasan kepada ibu bapa

Selesai majlis penyerahan slip peperiksaan




0 comments:

Post a Comment