Majlis yang dirasmikan oleh tuan pengetua, Encik Jackson Bin Siga itu berlangsung dengan jayanya walaupun hujan turun pada masa majlis berlangsung. Seluruh warga SMK Tambulion tidak patah semangat dan meneruskan juga majlis yang telah dirancang. Di sebalik rintik hujan yang turun, majlis tetap kelihatan meriah dengan pakaian pelbagai warna dan corak yang dikenakan oleh para pelajar. Kemeriahan bertambah dengan pelancaran gimik majlis sambutan hari raya dan bulan kemerdekaan.

Majlis berlangsung dengan meriah dan semua yang hadir dapat menjamu selera disamping santapan halwa telinga dengan dendangan lagu-lagu karaoke daripada warga SMK Tambulion. Pelajar diberi peluang menonjolkan bakat dengan menjadi pengacara majlis. Bakat pelajar juga turut terserlah apabila membuat persembahan dalam majlis itu.
Nyanyian lagu-lagu patriotik sambil mengibarkan bendera Jalur Gemilang dan bendera negeri Sabah telah memberi suntikan semangat patritisme dalam diri warga SMK Tambulion semasa majlis berlangsung. Acara tersebut merupakan salah satu aktiviti yang dirancang bagi program Semarak Merdeka.

Diharap dengan majlis yang telah berlangsung dan pelbagai aktiviti yang dirancang dapat memberi impak positif kepada para pelajar khususnya dalam semangat cintakan negara Malaysia.
Salam aidilfitri dan salam merdeka... Nintodonon imanimanon... :)
0 comments:
Post a Comment