Monday 10 August 2015

MoU antara SMK Tambulion dengan PPD Papar

Satu Memorandum Kerjasama Pintar (MoU) Program Jaringan antara 8 buah sekolah dalam Daerah Papar serta PPD Papar dengan SMK Tambulion (STALION) telah dimeterai bersama pada 02hb Ogos 2015 bersamaan Hari Ahad jam 12.30 pm.

Objektif utama MoU adalah bekerjasama dalam meningkatkan kecemerlangan PPD dalam Transformasi Kecemerlangan Akademik khususnya mata pelajaran Prinsip Perakaunan.

En. Zamri Ahmad, Penolong Kanan HEM mewakili pihak pengetua SMK Tambulion (STALION) dan Cik Norhaziaty Mohd Aduit dari SMK Agama Tun Datu Mustapha Papar mewakili pegawai PPD Papar telah menandatangani MoU itu.

Semoga MoU ini, menjadi titik permulaan untuk semua guru-guru bertukar idea dan kreatif serta inovatif untuk menjanakan kecemerlangan dalam Pengajaran dan Pembelajaran bersama-sama sekolah atau daerah lain.


0 comments:

Post a Comment