Satu majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2014 telah diadakan di SMK Taun Gusi II Kota Belud. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Jame Bin Alip. Majlis dihadiri oleh semua penerima APC sekolah-sekolah daerah Kota Belud, semua pengetua dan guru besar di daerah Kota Belud.
Majlis berlangsung serentak dengan sambutan Hari Guru Peringkat Kota Belud bagi tahun 2015. Majlis Hari Guru Peringkat Kota Belud pula telah dirasmikan oleh Y.A.B. Datu Abdul Rahman Dahlan. Majlis bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada jam 1:20 petang.
Seramai lima orang penerima APC dari SMK Tambulion hadir pada majlis tersebut. Semoga dengan anugerah yang diberikan dapat memberi suntikan semangat kepada seluruh warga STALION dalam memberikan perkhidmatan yang cemerlang khususnya para penerima anugerah.
0 comments:
Post a Comment