Saturday 29 August 2015

Hari Kokurikulum Perdana 2015

Pada 22hb Ogos 2015 yang lepas, SMK Tambulion telah menganjurkan satu program bagi aktiviti kokurikulum sekolah iaitu Hari Kokurikulum Perdana bagi tahun 2015. Aktiviti ini melibatkan semua pelajar untuk mengambil bahagian dalam acara yang dipetandingkan. Semua badan Unit Beruniform yang wujud di SMK Tambulion masing-masing menganjur satu aktiviti dalam program ini.

Antara aktiviti yang dipertandingkan ialah kawad kaki, pioneering, bantuan kecemasan, membina khemah, pandu arah, ikatan dan simpulan, lakonan, dan gubahan buah-buahan.

Johan keseluruhan bagi aktiviti yang dipertandingkan disandang oleh unit beruniform Persekutuan Pengakap. Manakala Kadet Polis pula muncul sebagai naib johan dan Persatuan Puteri Islam Malaysia di tempat ketiga.

Berbeza dengan program perkhemahan unit beruniform yang seringkali dianjurkan oleh sekolah, Hari Kokurikulum Perdana melibatkan semua pelajar sebagai peserta bagi memberi peluang kepada semua pelajar untuk mendapatkan markah yang lebih tinggi bagi penglibatan dalam aktiviti kokurikulum.





Majlis penutupan bagi Hari Kokurikulum Perdana bagi tahun 2015 telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Puan Salmah Labulia, Pengarah Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kota Belud. Dalam ucapan beliau, beliau memuji pihak sekolah kerana menganjurkan aktiviti seumpama ini dan memberi galakkan kepada para pelajar untuk aktif melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. 

0 comments:

Post a Comment