Friday 14 August 2015

Majlis Restu Ilmu di SK Rosok (sekolah saluran)

SMK Tambulion telah dijemput menghadiri satu majlis di sekolah saluran iaitu Majlis Restu Ilmu di SK Rosok pada 13hb Ogos 2015 bersamaan hari Khamis. Dalam majlis itu, Encik Zamri Ahmad selaku PK HEM SMK Tambulion telah membuat sedikit pembentangan tentang STALION Nintonodon Imanimanon serta disiplin di sekolah menengah. Manakala guru pendaftaran sekolah pula telah memberi taklimat ringkas tentang kemasukan ke tingkatan 1 dan Pra Syarat Tingkatan 1. Kata-kata dorongan dan semangat turut dititipkan sebagai pendorong untuk pelajar yang akan menghadapi peperiksaan UPSR dalam waktu yang terdekat.

Majlis diserikan lagi apabila pihak sekolah SMK Tambulion bermurah hati menderma 60 buah naskah Buku Latihan UPSR Matemathic & Science kepada pelajar-pelajar tahun 6 SK Rosok. Sumbangan ini disampaikan oleh PK HEM STALION kepada PK HEM SK Rosok bagi mewakili pengetua dan guru besar sekolah masing-masing. Semoga program ini diteruskan ke sekolah saluran yang lain agar pelajar tahun 6 bersedia dari aspek mental dan budaya sekolah menengah lebih awak. Syabas dan Tahniah.


0 comments:

Post a Comment