SMK Tambulion

Di sini segalanya bermula...

Latihan gempa bumi

Latihan gempa bumi telah diadakan dengan jayanya di sekolah.

Semangat Stalion

Semangat baru Stalion dengan tag baru, 'Nintonodon Imanimanon'

Pelancaran Stalion.Pro

Stalion.Pro - Program peningkatan pencapaian akademik pelajar SPM 2015.

Tuesday 30 June 2015

Majlis Pelancaran Program Adab Murid Menghormati Guru


Majlis pelancaran program 'Adab Murid Menghormati Guru' telah diadakan pada Isnin tanggal 29 Jun 2015 di dewan STALION. Majlis tersebut dirasmikan oleh Tuan Pengetua SMK Tambulion sendiri iaitu Encik Jackson Siga. Majlis dimulai dengan nanyian lagu Kebangsaan, lagu Sabah Tanah Airku dan bacaan doa serta ikrar pelajar. Seterusnya majlis diserikan lagi dengan tayangan video konsep Adab Murid Menghormati Guru serta nyanyian lagu Budi Bahasa yang diiringi klip video. Majlis berakhir dengan nyanyian lagu 1 Agenda 1 Impian dan lagu sekolah.





Friday 26 June 2015

Program Progresif Buddy System


Satu program bagi meningkatkan pencapaian akademik SPM telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling. Program asal iaitu Mentor-Mentee telah diberi nafas baru oleh Tuan Pengetua dengan penambahan inovasi modul Pembelajaran Satu Garisan (PSG) adalah intipati utama program ini. Secara puratanya, setiap guru mendapat dua pelajar dibawah seliaannya. Guru (atau digelar Buddy) bertanggungjawab membantu pelajar masing-masing dalam mempertingkatkan pencapaian akademik khasnya dan keterampilan serta sahsiah amnya.

Wednesday 17 June 2015

Ibadah Puasa


Tanggal 18 Jun 2015 adalah hari permulaan puasa bagi umat Islam di negara Malaysia. Semoga dengan kehadiran Ramadhan kali ini membawa seribu makna dan dapat memperbaiki lagi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek semua. Selamat menjalani ibadah puasa bagi umat Islam STALION.

Sunday 14 June 2015

Selamat Kembali Ke Sekolah Bagi Semester 2 2015


Semoga para pelajar lebih bersedia dan penuh dengan semangat membara untuk memulakan sesi persekolahan bagi semester 2 tahun 2015. Teruskan usaha untuk mencapai kecemerlangan.


Thursday 11 June 2015

Kejohanan Sukan SMK Tambulion

Kejohanan Sukan Balapan dan Padang SMK Tambulion kali ke-16 telah berlangsung dengan jayanya bermula 26 Mei 2015 dan berakhir pada 28 Mei 2015. Tahniah kepada rumah sukan Hang Tuah kerana berjaya mengekalkan kedudukan sebagai juara selama tiga tahun berturut-turut. Tahniah juga kepada rumah sukan yang lainnya kerana telah berusaha untuk merebut pungutan pingat dalam semua acara yang dipertandingkan. Inilah semangat kesukanan yang diperlukan dan harus diteruskan bagi melahirakan pelajar yang bukan sahaja mampu memberi saingan dalam aktiviti sukan, tetapi juga bersemangat waja dalam menghadapi apa jua cabaran.

Wednesday 3 June 2015

Selamat Datang Pengetua Baru SMK Tambulion

Warga STALION berbesar hati menerima seorang pengetua baharu bagi mengisi kekosongan jawatan itu. Encik Jackson Siga telah melapor diri untuk bertugas di SMK Tambulion pada 2 Jun 2015. Beliau yang merupakan seorang guru yang berdedikasi dan cemerlang telah menerima Anugerah Ikon Guru sempena sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Tuaran 2015. Tahniah dan selamat datang diucapkan.