SMK Tambulion

Di sini segalanya bermula...

Latihan gempa bumi

Latihan gempa bumi telah diadakan dengan jayanya di sekolah.

Semangat Stalion

Semangat baru Stalion dengan tag baru, 'Nintonodon Imanimanon'

Pelancaran Stalion.Pro

Stalion.Pro - Program peningkatan pencapaian akademik pelajar SPM 2015.

Monday 14 December 2015

Tahniah Pelajar Yang Cemerlang PT3!

14 Disember 2015 adalah merupakan tarikh rasmi keputusan PT3 2015 dikeluarkan seluruh negara. Semua pelajar PT3 dikehendaki hadir ke sekolah dengan berpakaian sekolah yang lengkap. Pelbagai ragam dan mimik muka tampak dari raut wajah calon PT3 dan juga ibu bapa mereka pada hari tersebut. Debaran semakin terasa apabila jam tepat menunjukkan 10 pagi.

Bagi pelajar SMK Tambulion, penyerahan slip keputusan PT3 dimulakan dengan sesi penyampaian hadiah kepada para pelajar yang cemerlang PT3 bertempat di dewan SMK Tambulion. Semua pelajar PT3 dan ibubapa berkumpul di dalam dewan dan berdebar menanti nama yang akan diumumkan sebagai pelajar terbaik PT3.

Berikut adalah senarai pelajar terbaik PT3 sesi 2015 bagi SMK Tambulion :
Shandy Ferryna Saimin (9A)
Rita Rahayu Binti Mohamad Johan (9A)
Jee Eldy Magaling
Pamela Joan Aimi Binit Palimon 
Synoritha Binti Majikun
Datu Audreyvera Robertson
Siti Noor Aishah Binti Norhayapi
Veronica Edna Saimon
Alfaomega Binti Jubelit
Maxuell Bin Kiansan
Eli Asmida Binti Ajik
Eva Wilma Fhelsea William
Elly Viona Binti Lajimin
Indrazizie Bin Sibin
Aas Kerismah Durin
Ritchel Panchai
Mickcarylos Bin Mail
Azierra Binti Jebeleh
Jusanti Peter
Jennycaa Sisom







Tahniah kepada semua pelajar yang cemerlang dalam PT3. Tiada yang lebih indah selain melihat kegembiraan anda semua. Jerih payah anda tidak sia-sia. Itulah hasil yang telah anda usahakan. Teruskan kecemerlangan anda dan jangan pernah berhenti untuk terus cemerlang.

Bagi yang tidak cemerlang, jangan berputus asa. Ini adalah antara permulaan anda mendewaskan diri menuju kecemerlangan. Banyak lagi ruang dan peluang yang anda boleh gapai untuk cemerlang. Jika anda memilih bidang akademik, maka SPM adalah ruang dan peluang anda yang seterusnya. Jika anda memilih aliran teknik dan vokasional, maka kesungguhan anda di situ akan teruji. Jika bersungguh, anda juga boleh cemerlang.

Tuesday 8 December 2015

MAJLIS ORIENTASI TINGKATAN 1 TAHUN 2016 DITUNDA

Makluman kepada ibu bapa/penjaga pelajar Tingkatan 1 tahun 2016 SMK Tambulion. Sila maklum bahawa Majlis Orientasi yang sepatutnya diadakan pada 29-31 Disember 2015 DITUNDA ke 6-8 Januari 2016. Harap maklum.


Monday 7 December 2015

PENDAFTARAN NAIK TINGKATAN DAN PEMINJAMAN BUKU TEKS 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa Hari Pendaftaran naik Tingkatan bagi tahun 2016 adalah pada 30hb Disember 2015 (Rabu) bagi Tingkatan 2 dan Tingkatan 3, jam 08.00 pagi sehingga 11.00 pagi. Manakala bagi Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 pula akan diadakan pada 31hb Disember 2015 (Khamis), jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi. Peminjaman buku teks juga akan dibuat pada hari dan masa yang sama. Harap maklum.

PENYAMPAIAN SLIP KEPUTUSAN PT3 2015

Sukacita diumumkan bahawa keputusan PT3 tahun 2015 akan disampaikan pada 14hb. Disember 2015 di dewan sekolah bermula pada jam 10.00 pagi. Pelajar dikehendaki memakai pakaian sekolah yang lengkap semasa mengambil slip keputusan.

SEKITAR KHIDMAT MASYARAKAT STALION

Salah satu khidmat masyarakat SMK Tambulion tahun ini adalah memasang orang-orang di sawah. Aktiviti memasang orang-orang ini dibuat selepas majlis pengagihan orang-orang kepada para pemilik sawah di sekitar Kota Belud yang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Ukoh@Jeremey Malajad, ADUN N7. Kadamaian. Terima kasih kepada YB dan syabas dan tahniah kepada guru-guru dan pelajar yang terlibat dalam aktiviti khidmat masyarakat tersebut.