SMK Tambulion

Di sini segalanya bermula...

Latihan gempa bumi

Latihan gempa bumi telah diadakan dengan jayanya di sekolah.

Semangat Stalion

Semangat baru Stalion dengan tag baru, 'Nintonodon Imanimanon'

Pelancaran Stalion.Pro

Stalion.Pro - Program peningkatan pencapaian akademik pelajar SPM 2015.

Friday 29 January 2016

Kejohanan Rentas Desa MSS SMK Tambulion

Kejohanan Rentas Desa MSS SMK Tambulion tahun 2016 telah berlangsung pada 8hb Januari 2016 yang lepas. Kesemua pelajar SMK Tambulion diwajibkan menyertai kejohanan ini. Pertandingan  dinilai berdasarkan penyertaan rumah sukan iaitu Hang Tuah (kuning), Hang Jebat (merah), Hang Kasturi (hijau) dan Hang Lekir (biru).

Rumah sukan Hang Tuah muncul sebagai Johan keseluruhan diikuti oleh Rumah Hang Jebat sebagai naib johan dan Hang Kasturi ketiga. Manakal rumah Hang Lekir berada pada tempat keempat.

Seramai 40 orang peserta yang mendapat kedudukan nombor 1-10 bagi setiap kategori (Lelaki 18TKB, Perempuan 18TKB, Lelaki 15TKB dan Perempuan 15TKB) dipilih bagi mewakili sekolah dalam acara Rentas Desa peringkat Daerah Kota Belud.








Wednesday 27 January 2016

MSSD KOTA BELUD 2016

MSSD Peringkat Daerah Kota Belud 2016 akan diadakan pada 23-25 Februari 2016 di Kompleks Sukan Botung, Kota Belud. Pada tahun ini, SMK Tambulion diberikan kepercayaan untuk mengelolakan Kejohan Sukan dan Balapan yang ke-48 ini.

Ikuti perkembangan dan info semasa MSSD KB 2016 di site berikut:

Monday 11 January 2016

Permohonan UPU Online

Untuk makluman pelajar lepasan SPM/setaraf, sila rujuk iklan berikut bagi permohonan melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya :


Peringatan :
1. Tiada pembelian nombor unik ID secara pukal.
2. Pastikan kategori yang dikehendaki adalah betul.
3. Tempoh penjualan nombor unik ID adalah pada 18 Januari 2016 sehingga 4 April 2016.

Selamat maju jaya...

Sunday 3 January 2016

Jadual Waktu Kelas Bagi Tahun 2016

Makluman kepada semua pelajar SMK Tambulion, berikut merupakan jadual waktu kelas bagi tahun 2016. Sila rujuk jadual kelas masing-masing dan bawa buku mengikut jadual yang telah ditetapkan.

P/S : Perubahan nama kelas
         4 Sains Tulen => 4 STALION
         4 Ekonomi => 4 Setia
         4 Sains Sukan => 4 Toleransi
         4 Geografi => 4 Amanah
         4 Teras1 => 4 Luhur
         4 Teras2 => 4 Inspirasi
Selamat Kembali ke Sekolah. :)