SMK Tambulion

Di sini segalanya bermula...

Latihan gempa bumi

Latihan gempa bumi telah diadakan dengan jayanya di sekolah.

Semangat Stalion

Semangat baru Stalion dengan tag baru, 'Nintonodon Imanimanon'

Pelancaran Stalion.Pro

Stalion.Pro - Program peningkatan pencapaian akademik pelajar SPM 2015.

Friday 2 August 2019

Program Perkongsian Guru Praktikal Bersama Pelajar Asrama

02/08/2019 - Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Tambulion dengan kerjasama pengurusan asrama telah mengadakan satu sesi perkongsian ilmu dengan pelajar asrama yang berada di tingkatan 5. Perkongsian ilmu itu disampaikan oleh seramai enam orang guru yang telah menamatkan latihan orientasi sekolah di SMK Tambulion pada hari yang sama. Mereka ialah Mohan Raj a/l Ganeshan, Mohamad Razis Gintingan, LC Elisca Ann Liman, Juinie Biin, Feffyen dan Ester.

Perkongsian tersebut yang menyentuh cara belajar yang berkesan dan cara untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran diharap dapat menjadi sumber motivasi dan memberikan impak yang positif kepada pelajar untuk melakar kejayaan buat diri mereka pula.

Thursday 27 April 2017

Majlis Penutupan Karnival Bahasa Inggeris

Karnival Bahasa Inggeris yang telah diadakan selama tempoh dua minggu telah dirasmikan majlis penutupannya pada Rabu lepas bersamaan 27hb April 2017.

Majlis yang diuruskan sepenuhnya oleh para pelajar dari kelas 5 STALION dan 5 Setia itu berjalan dengan lancar dan nampak teratur.

Semua pemenang bagi pertandingan yang dianjurkan diberikan hadiah semasa majlis penutupan berlangsung.





Wednesday 26 April 2017

Jom Membaca Selama 10 Minit!

Tarikh 25hb April 2017 telah dipilih oleh Perpustakaan Negara sebagai tarikh bagi pelaksanaan program 'Jom Membaca Selama 10 Minit!' pada jam 11:00 pagi.

SMK Tambulion tidak terkecuali daripada mengambil bahagian dan semua warga telah melaksanakan program tersebut dengan baik. Para guru mengambil masa yang telah diperuntukkan untuk membaca dan menggalakkan para pelajar untuk turut serta.







Monday 14 November 2016

Lawatan Penandaarasan dari SMK Mat Salleh Ranau

Satu kunjungan telah dibuat oleh SMK Mat Salleh Ranau ke SMK Tambulion sebagai lawatan penandaarasan bagi Pembelajaran Abad 21 (PA21).

Lawatan berlangsung pada 7hb November 2016.




Monday 7 November 2016

Festival Filem STALION

Pada 5hb November 2016, SMK Tambulion telah mengadakan satu majlis malam anugerah bagi filem pendek peringkat sekolah. Majlis tersebut diuruskan sepenuhnya oleh para pelajar Briged Bestari dengan bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru.

Sebanyak sembilan buah kumpulan daripada 15 penyertaan telah dipilih dan 5 daripadanya masuk ke pringkat akhir.





Tuesday 27 September 2016

Hari Terbuka STALION 2016

Syabas dan tahniah kepada SMK Tambulion kerana berjaya mengadakan hari terbuka pada 24 September 2016. Program yang pertama kalinya diadakan itu adalah anjuran bersama PIBG SMK Tambulion dan juga SMK Tambulion.

Pelbagai acara berlangsung pada masa itu yang turut melibatkan pengurusan acara daripada para pelajar sendiri sebagai projek PBL mereka. Antaranya ialah STALION Mini Marathon (dianjurkan oleh 4 Setia), STALION Got Talent (dianjurkan oleh 4 STALION), Mini Fun Fair (diuruskan oleh pelajar 5 Sains Tulen) dan juga Karaoke Terbuka (diuruskan oleh 5 Akaun). Manakala aktiviti jualan diuruskan oleh PIBG.
 

 




 


Selain daripada itu, terdapat juga aktiviti pertandingan bola sepak anjuran PIBG pada hari itu dilangsungkan.



Friday 2 September 2016

Hari Terbuka SMK Tambulion


Dijemput semua datang memeriahkan hari terbuka SMK Tambulion yang akan diadakan pada 24 September 2016 bersamaan hari Sabtu. Pelbagai aktiviti dan jualan diadakan sepanjang program ini berlangsung. Ada jualan amal, pemeriksaan kesihatan, pameran daripada badan-badan berkanun dan pihak swasta, pameran kereta dan motor, pertandingan bola sepak dan cabutan tiket bertuah. 

Tunggu apa lagi, jom datang beramai-ramai ke hari terbuka SMK Tambulion.

Berhati-hati Dengan Kehadiran Virus Zika


Kembara Merdeka Tanpa Dadah Ke Bukit Kapur

Tanggal 31 Ogos 2016 yang lepas pihak sekolah di bawah kelolaan PPDa telah menganjurkan aktiviti mendaki bukit Kapur yang terletak berhampiran dengan sekolah. Tema bagi aktiviti ini ialah "Kembara Merdeka Tanpa Dadah". Ia bertepatan dengan hari ulangtahun kemerdekaan dan menguatkan lagi hujahan bahawa kita perlu bebas daripada belenggu dan penjajahan dadah.

Aktiviti ini disertai oleh lebih kurang 50 orang pelajar asrama putera dan puteri SMK Tambulion dan diiringi oleh lima orang guru. Pendakian yang mengambil masa lebih kurang dua jam itu dirumuskan sebagai aktiviti yang sihat dan mengajar pelajar untuk tidak mudah putus asa dan patah semangat.

Tahniah diucapkan kepada semua yang menyertai aktiviti pendakian ini kerana telah berjaya sampai ke puncaknya walaupun cuaca pada masa itu agak panas terik dan kecerunan bukit yang menjangkau 10 darjah dari sudut tegak.






Monday 6 June 2016

Selamat Berpuasa




Selamat menunaikan ibadah puasa bagi muslimin dan muslimat.
Semoga bulan ini membawa berkah untuk bulan-bulan berikutnya.
Dan semoga rahmat, hidayah dan keampunan diberikan kepada kita.