Friday 2 September 2016

Kembara Merdeka Tanpa Dadah Ke Bukit Kapur

Tanggal 31 Ogos 2016 yang lepas pihak sekolah di bawah kelolaan PPDa telah menganjurkan aktiviti mendaki bukit Kapur yang terletak berhampiran dengan sekolah. Tema bagi aktiviti ini ialah "Kembara Merdeka Tanpa Dadah". Ia bertepatan dengan hari ulangtahun kemerdekaan dan menguatkan lagi hujahan bahawa kita perlu bebas daripada belenggu dan penjajahan dadah.

Aktiviti ini disertai oleh lebih kurang 50 orang pelajar asrama putera dan puteri SMK Tambulion dan diiringi oleh lima orang guru. Pendakian yang mengambil masa lebih kurang dua jam itu dirumuskan sebagai aktiviti yang sihat dan mengajar pelajar untuk tidak mudah putus asa dan patah semangat.

Tahniah diucapkan kepada semua yang menyertai aktiviti pendakian ini kerana telah berjaya sampai ke puncaknya walaupun cuaca pada masa itu agak panas terik dan kecerunan bukit yang menjangkau 10 darjah dari sudut tegak.






0 comments:

Post a Comment