Sunday 26 July 2015

Lawatan Muhibbah

Pada 24 Julai 2015 yang lepas, satu lawatan Muhibbah (Home Visit) iaitu satu program anjuran sekolah bagi mengunjungi rumah pelajar telah dilakukan oleh Encik Zamri Ahmad, Penolong Kanan HEM. Objektif lawatan ini adalah untuk mengenalpasti punca ketidakhadiran ke sekolah bagi calon pelajar yang bakal menduduki SPM 2015. Pelajar terlibat tidak hadir ke sekolah tanpa sebab-sebab yang kukuh. Oleh itu, pihak sekolah mengambil langkah untuk menjejaki pelajar-pelajar ini. Pertemuan dan perbincangan dibuat bersama pelajar dengan ibu bapa mereka di rumah masing-masing. Hasil lawatan amat memberangsangkan dan mendapat pujian daripada masyarakat setempat. Dalam lawatan ini, PK HEM berharap agar ia mendapat maklumbalas yang baik daripada ibu  bapa serta membantu memberi suntikan semangat kepada semua guru SMK Tambulion (STALION) untuk terus mendidik dan membimbing para pelajar STALION. Diharap juga dengan pelaksanaan program ini, peratus kehadiran pelajar semakin meningkat. Semoga ia menjadi ikatan ukhwah yang kuat di samping menerap nilai kasih sayang warga STALION.

Bersama mendokong aspirasi STALION N/Intodonon Imanimanon.

0 comments:

Post a Comment