Thursday 12 November 2015

Pendaftaran Tingkatan 1 Bagi Sesi Persekolahan 2016

11hb November 2015 merupakan tarikh yang telah ditetapkan bagi pendaftaran pelajar yang bakal memasuki alam sekolah menengah di tingkatan 1 tahun 2016. Sebanyak 7 buah sekolah saluran datang mendaftar iaitu SK Tambulian, SK Tengkurus, SK Nahaba, SK Tempasuk II, SK Bangkahak Baru, SK Tarintidon dan SK Rosok.

Pendaftaran bermula pada jam 7:30 pagi untuk ibu bapa dan pelajar mengambil tempat di dewan bagi sesi taklimat. Ibu bapa dan pelajar terlebih dahulu dijamu dengan hidangan ringkas sebagai menyambut kehadiran mereka pada hari itu. Dalam sesi taklimat yang disampaikan, Encik Zamri Ahmad selaku PK HEM memberi penjelasan tentang gambaran keseluruhan sekolah serta peraturan sekolah. Manakala Cik Arlina Yalu selaku wakil Unit Bimbingan Kaunseling (UBK) menyampaikan makluman berkenaan hari orientasi pelajar.








0 comments:

Post a Comment