Thursday 12 November 2015

Pertandingan AnuraQuest Peringkat Daerah Kota Belud 2015

Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud dengan kerjasama SMK Tambulion telah menganjurkan satu pertandingan pembelajaran berasaskan projek (PBL) dengan menggunakan platform frog VLE pada 12hb November 2015. Pertandingan ini melibatkan sekolah-sekolah menengah dalam daerah Kota Belud untuk menyertainya.

Panel Hakim bagi pertandingan ini terdiri daripada Puan Fauziah Ismail dari Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, Encik Azmy Ahmad dari Bahagian Teknologi Pendidikan Sabah, Encik Junaidi Zuhair juga dari Bahagian Teknologi Pendidikan Sabah serta Encik Zainuddin Marjani dari Pusat Kegiatan Guru daerah Kota Belud.
Johan bagi pertandingan ini adalah dari SMK Tambulion (kumpulan 1) yang terdiri daripada Melvie Elka Pit Lee, Ishica O'niell Paumin dan Sylviana Nemesius. Manakal naib johan disandang oleh peserta dari SMKA Tun Said (kumpulan 4) iaitu Dato Md Khairul Hisyam bin Hussin, Nur Farhanah Binti Bakar dan Nourul Ain Binti Noris Wanddy. Tempat ketiga pula disandang oleh SMK Tambulion (kumpulan 3) yang terdiri daripada Nur Syahieda Nafiesha dan Elvina Divit. Syabas dan tahniah kepada semua peserta yang telahpun berusaha dalam pertandingan ini.












0 comments:

Post a Comment